Followers

Sunday, February 8, 2015

Moga Kekal Hingga Syurga ( SHAMSians)

Post ni brtujuan utk catat hari bhgia shbat2 SHAMS..
Kita makin dewasa..
Terimalah hakikat..hahaha
Lepas sorang2 mmbina masjid..
Moga kalian berCINTA & berBAHAGIA hingga SYURGANYA~


1. Asma Afifah



2. Aliza




3. Azilah



4. Najah



5. Amirah Rubi

dengan pensyarahku ^^


6. Najihah Hassan



7. Kauthar



8. Dasuki

Laki first dlm batch yg pecah rekod


9. Pijo & Mina


10. Yumni




11. Rabi'ah Hashim




12. Muhammad




13. Anuarul





14. Tahir






P/s : maaf terambik gambar korang2..wat simpan sbg kenangan ^_^


Sunday, February 1, 2015

Kelebihan dan kekurangan kaedah kuliah/syarahan


       Terdapat pro dan kontra dalam kaedah pengajaran secara kuliah. Antara kelebihannya ialah ia dapat menjimatkan masa dan tenaga kerana semua maklumat boleh disampaikan kepada sekumpulan murid yang ramai dalam masa yang singkat. Selain itu, cara ini juga dapat membantu memberi bahan-bahan tambahan yang tidak boleh diperoleh oleh murid-murid melalui buku teks. Kelas juga lebih mudah dikawal dan sesetengah murid akan merasa lebih puas dengan bentuk penyampaian yang lebih distrukturkan atau lebih sistematik.

      Dari segi kelemahan-kelemahannya pula, ia merupakan komunikasi satu hala. Interaksi antara guru dengan murid akan menjadi terhad. Pengajaran cara ini tidak menggalakkan murid-murid belajar secara aktif. Pembelajaran melalui penerimaan bahan-bahan kuliah biasanya tidak lengkap kerana apa yang didengar atau dicatat secara tergesa-gesa itu akan mudah dilupai atau tidak difahami dengan sempurna. Mereka juga mungkin melakukan perkara lain di belakang dan menyebabkan mereka tidak menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap pelajaran. Kebanyakan pelajar masih menganggap mereka boleh mengatasinya dengan cara membaca semula nota yang diberikan oleh guru di luar waktu kelas. Oleh itu banyak masa diperlukan untuk membuat telahan selepas menerima kuliah. Pengajaran secara kuliah kadangkala tidak boleh mencapai sesetengah jenis objektif kerana ia tidak boleh menolong kita mencapai objektif pemikiran kritikal atau kreatif atau penguasaan sesuatu kemahiran psikomotor kognitif. Cara ini biasanya memerlukan guru yang pandai bercakap dan boleh bertutur dengan baik.