Kitab Tafsir Bahril Muhith
Nama penuh pengarang
•Beliau ialah Muhammad bin Yusof bin
Ali bin Yusof bin Hayyan Al-Nafzi Al-Andalusi
Al-Jayani Al-Gharnati
Al-Mughrabi Al-Maliki dan kemudiannya
Syafie.
•Dikatakan Al-Nafzi dinisbahkan kepada Nafzah sebagaimana yang dikatakan
oleh Yakut didalam kitabnya Mu’jam Al-Buldan: “Nafzah merujuk kepada bandar di Timur
Andalusia.”
•Dan pendapat
lain iaitu Ibn
Al-Imad didalam kitabnya Al-Syazrat adalah merujuk
kepada satu qabilah
dari Al-Barbar, dan dinamakan
dengan Al-Gharnati kerana beliau lahir disitu.
Nama singkatan/gelaran
•Gelarannya
disebut
dengan “Abu
Hayyan” dan gelaran inilah yang mahsyur dikalangan ahli ilmu yang terdahulu dan masa kini.
•Orang-orang
pada masa
itu sering memanggil
Muhammad
bin Yusof dengan sebutan
Abu Hayyan.
Tarikh lahir
•Abu Hayyan dilahirkan
pada tahun 654H
di bandar Gharnatat.
•Berasal dari Jayyan (As-Subkiy, jld 9 m/s 276) sebuah bandar di Andalusia
tengah dan timur Qurtubat.
•Dan berkata
Az-Zahabiy:
Dilahirkan
pada akhir bulan syawal dan dibesarkan
di bandar Gharnatat
Tarikh wafat
•Beliau telah meninggal
dunia pada waktu asar, sabtu 18 safar tahun 745H
bersamaan
1344M di rumahnya
di sebelah
luar Bab
Al-Bahr, Kaherah. Beliau telah disemadikan
di Perkuburan
Sufi di luar Bab
Al-Nasr.
(Ibn Hajar, jld 6 m/s 76; Al-Syawkaniy,
jld 2
m/s 290)
Guru- guru
•Bilangan
gurunya
melebihi
450 orang. Ulama yang mengijazahkannya terlalu ramai dari setiap pelosok Tanah Arab, yang terdiri
daripada
Andalusia, Maghribi,
Tunisia, Mesir, Syam,
Sudan, Habsyah
Dan Mekah.
•Guru pertama Abu Hayyan sewaktu
belajar
Al-Quran
di Iskandariah adalah Abdul Nashir bin Ali Al-Muryuthi kemudian melanjutkan pelajarannya di Mesir dengan seorang
guru bernama
Abi Thohir
Ismail bin Abdullah Al-Milaijy, kemudian
belajar
pula dengan Syeikh Baha’uddin
bin Nahas.
•Abu Hayyan banyak mendapatkan
sanad hadis daripada ulama-ulama yang masyhur hingga sampai pada akhirnya Abu Hayyan menjadi seorang muhadis dan mufassir yang masyhur pada masanya.
1. Abdul Nashir bin Ali al-Muryuthi
2. Abi Thohir Isma’il Bin Abdullah Al-Milaijy
3. ‘Ali bin Muhammad bin Muhammad
4. Al-Syatibiy
5. Ahmad bin Muhammad
6. Syeikh Baha’uddin bin Nahas
Pelajar-pelajar
•Abu Hayyan
paling terkemuka
dalam bidang nahu dan terbaik
dalam bidang bacaan Al-Quran
•Beliau menjadi
tumpuan
pelajar-pelajar bijak pandai dan mereka menyanjung tinggi di atas kepakarannya itu
•Beliau telah menghabiskan sebahagian besar usianya dengan mendengar bacaan para pelajarnya dan menulis kitab
•Apabila disebut mengenai pengajian pada zaman itu, ramai di kalangan ulama dan syeikh adalah bekas anak-anak murid Abu Hayyan
1. Ibn Umm al-Qasim (749H)
2. Al-Nahhas
Ibrahim bin ‘Abdullah (749H)
3. Ahmad bin Sa‘d
bin Muhammad bin
Muhammad (750H)
4. Taqiy al-Din
al-Subkiy (683H-755H)
Pujian ulama kpd pengarang
1. Berkata Ibn Hajar rahimahullah dalam kitabnya al-Darar tentang Aqidah Abu Hayyan “Beliau adalah boleh dipercaya, hujah yang dhabit dan selamat daripada ikutan falsafah dan al- I’tizal dan tajsim”
2. Ibn
Al-‘Imad
dalam
kitab Syazrat Az-Zahab berkata:
“Abu Hayyan adalah orang yang tekun
dan
bersungguh-sungguh dalam belajar hadis, tafsir, bahasa arab, Qira’at, sastera dan sejarah. Namanya terkenal dan pujiannya tersebar, para pembesar pada masanya berguru dengannya dan mereka menjadi terkemuka pada masa hidupnya’’.
3. Diantaranya lagi sebagaimana yang dikatakan oleh al-Adfawi tentangnya: “Beliau adalah seorang yang adil, jujur, selamat akidahnya dari bid’ah-bid’ah filsafat, Mu’tazilah dan yang berlebihan. Ia sangat Khusyu’, sering menangis ketika membaca Al-Qur’an, perwatakannya berbadan tinggi, bagus, tampan, berkulit putih kemerah-merahan, putih ubannya, tebal janggutnya dan panjang rapi rambutnya.”
Faisal
Saleh,
terjm
Manhaj
al-Mufassirun,
(Jakarta:
PT Rajagrafindo Persada,
2006) Hlm
386-387
Nama Kitab
Tafsir Bahril Muhith
•Tafsir Lughawi, yang memfokuskan kepada nahwu,
i’rab dan lain-lain.
•Menggunakan syair-syair arab untuk
m’ngukuhkan pendapat.
Abu Hayyan mula menulis Tafsir Al-Bahr
al-Muhith ketika usianya memasuki 57 tahun iaitu pada tahun 710
H. Kitab ini terdiri drpd 8 jilid.
Manhaj Tafsir
•Abu Hayyan telah menggunakan dua metod pentafsiran dalam Tafsir Al-Bahr
Al-Muhith.
Tafsir Bil Ma’thur dalam Tafsir Bahril Muhith
•Beliau menyebutkan atsar dari Nabi
Muhammad dalam ayat yang
ditafsirkannya. Begitu juga atsar
dari sahabat dan tabi’in yang
thiqoh.
•Dalam penyebutan atsar ini beliau tidak terlalu mementingkan penyebutan sanad-sanadnya, tidak seperti para mufassir bil ma’tsur pada umumnya.
•Beliau juga tidak selalu mentakhrij hadis dan menisbatkannya pada kitab-kitab sumber hadis. Bahkan terdapat sebahagian hadis dhoif dan rawi yang
munkar dalam kitab tafsirnya tersebut, akan tetapi hal ini sangat jarang.
Tafsir Bir Ra’yi dalam Tafsir Bahril Muhith
•Abu Hayyan selalu menjelaskan
lafaz yang khofi
(samar) dan lafaz
yang jali (jelas),
spt menjelaskan
kesamaran
i’rab, serta ilmu balaghah
dan
lain-lain.
•Menurut beliau, kemukjizatan al-Quran dapat dilihat dari segi ilmu bayan dalam gaya bahasanya, ilmu fashohah dalam susunannya, serta dari segi ilmu balaghah dalam penyampaian maknanya.
•Kitab ini tidak menghuraikan dengan panjang lebar, kerana beliau selalu menggunakan kalam ijaz dalam mentafsir. Sebagaimana
kalamnya:
“Saya tidak akan mengulang penjelasan tentang suatu lafaz atau suatu kalimah atau ayat yang telah saya tafsirkan. Tetapi saya akan merujuk
penjelasan
tersebut
pada ayat yang
telah lalu. Dan jika saya mengulang
suatu penjelasan
maka disana pasti terdapat
tambahan
faedah”.
•Abu Hayyan juga sering menggunakan
syair-syair yang telah dihafalnya untuk menyokong hujahnya dalam mentafsir suatu ayat.
•Beliau juga menggunakan kaedah nahwu
dalam mengupas
suatu permasalahan bahasa. Beliau seringkali
mengutip
pendapat
mazhab-mazhab nahwu. Diantara
mazhab yang
dijadikan
rujukan
beliau dalam ilmu nahwu adalah mazhab bashrah, mazhab kufah dan mazhab andalusi.
•Terkadang Abu Hayyan juga tidak setuju dengan beberapa mazhab nahwu yang ada, dan ketika itu beliau menyampaikan pendapatnya sendiri dalam kaedah nahwu.
•Fiqh
dalam Tafsir
Al-Bahr Al-Muhith - Ketika beliau hendak menerang
suatu ayat ahkam, maka beliau akan mengutip
pendapat-pendapat sahabat dan tabi’in yang thiqoh, serta menyertakan penjelasan imam-imam mazhab yang empat.
•Hal tersebut diungkapkan oleh beliau sendiri dalam kalamnya: “Saya menukilkan
perkataan
fuqaha’
yang empat
(Imam Abu Hanifah,
Malik, Syafi’i,
dan
Ahmad) dan imam
lainnya
dalam mentafsirkan lafaz-lafaz Qur’ani yang mengandungi hukum syariat dengan memindah dalil-dalil yang terdapat pada kitab-kitab fiqh.”
Kaedah penulisan
oMeletakkan
kalimah-kalimah mufradat berkaitan ayat di permulaan setiap surah. Ianya bertujuan
supaya pentafsiran
menjadi
lebih jelas dan mengelakkan
kesalahan
daripada
satu kalimah
yang kadang-kadang mempunyai dua makna dan satu lafaz yang berbeza mempunyai makna yang sama.
oMeletakkan
asbabun nuzul. Perkara ini adalah penting kerana ianya adalah satu ilmu yang wajib dipelajari oleh seorang pentafsir dan ianya juga untuk mengetahui kepada siapa dan untuk apa ianya diturunkan, mengetahui nasikh dan mansukh dan kemunasabahan ayat-ayat apabila dibandingkan dengan ayat-ayat sebelum atau selepasnya.
oMenyebutkan
wajah-wajah qiraat
dan i’rab. ini kerana wajah yang berbeza akan menghasilkan makna yang berlainan.
oMeletakkan
juga perbahasan fiqh
4 mazhab, jika ianya berkaitan dengan soal hukum-hukum fiqh.
oMeletakkan
syawahid syair,
disisinya
syawahid
syair mempunyai
tempat yang
tinggi dalam pembinaan qawaid nahu dan lebih mudah baginya menerangkan makna ayat dan juga beliau membuat penerangan-penerangan yang banyak.
Pujian/kritikan kpd Tafsir
•Al-Husainy
berkata: “Al-Bahru Al-Muhith termasuk permata dari kitab-kitab yang dikarang oleh
Abu Hayyan, dan
kitab ini termasuk dalam kitab-kitab terjemah dan
kitab thobaqoh kerana
keagungan penulisnya dan keagungan kitabnya.”
•Syeikh Az-Zahaby berkata: “Kitab
ini sangat diperhitungkan dan
menjadi rujukan awal dan
terpenting bagi
orang yang hendak mempelajari ilmu dari
segi i’rab dalam
lafaz-lafaz al-Quran.”
•Abu Syuhbah berkata: “Kitab ini
termasuk kitab
tafsir yang di dalamnya ada
sedikit menyebutkan israiliyyat dan
maudhu’at.”
NORLIANA BT SELI
|
NURUL ZAHIRAH HANANI BT ZAHARI
|
SITI MUJAHIDAH BT SIKH NAWAWI
|
SYAMIMI BT HASLAN
|